Sunday, July 15, 2012

Tak Kenal? Jom Kenal~~

Assalamualaikum. 
Ini post pertama. Dari saya untuk anda yang awesome. Terutama yang akan fly ke sini. Basically post kat blog ni mengenai alex memandangkan kami semua pelajar Alex. Sebarang pertanyaan atau cadangan tulis kat ruangan comment je. Jangan malu jangan segan. Kami sedia membantu.


Moga bermanfaat!

ALEXANDRIA
Bandar raya kedua terbesar selepas Kaherah @ Cairo. Nama arab ; Iskandariyah. Nama femes dalam kalangan budak malaysia ; Alex.
Tak begitu sesak kalau nak dibandingkan dengan cairo. Bandar la jugak berbanding Tanta dan lain-lain.
Bandar pelancongan jadi tak heran la kalau budak-budak Tanta asyik duk kata barang kat Alex mahal!


Apa yang best dan istimewa pasal Alex?

1- Pantai/ Laut
sumber sendiri :)
Orang kata Alex cantik sebab ada pantai. Dan of course la bila disebut Alex benda first yang terlintas PANTAI. Alex ada pantai kowt. Biasanya musim panas pantai memang jadi tumpuan orang asing dan orang tempatan sendiri. Dan kami pelajar Malaysia biasanya turut sama mengambil peluang berkelah dan mandi-manda. Nak elak ramai orang? Rahsianya ; pergi pagi-pagi. Hehe.
pantai kat Kubu Salahuddin Al- Ayubi



2- Bibliotheca Alexandrina
Hah yang ni tempat wajib pergi kalau datang visit Alex. Nama bukan main kan? Haha. Okay ni adalah library. Dalam arab maktabah. Sebarang buku bercetak tak dibenarkan untuk masuk library ni. Kawalan dia agak strict la. Nak masuk kena bayar dalam 2genih rasanya. Masuk dalam ni rasa macam duk somewhere but not egypt. Haha. Sebab moden sangat dalam tu. 

sumber inche google

3- Muntazah ( King Farouk Palace )

First time datang sini time PSMB ( Program Sambutan Mahasiswa Baru). Dikatakan bilangan pokok kurma di Muntazah mewakili gundik King Farouk. Bayaran masuk; 6 genih. Tempat ni sangat luas. Kena isi perut dulu sebelum berjalan sekitar sini. Luas sangat. Boleh lenguh kaki taw. Hehe.

pokok kurma di sekitar istana

istana king farouk dari jauh
4- Ada airport sendiri
Memandangkan diri ni bakal pulang ke tanah air dalam 4 hari lagi perkara yang duk terngiang-ngiang di kepala adalah balik dan balik. Menarik mengenai Alex adalah ia ada airport sendiri! Best kan? Angguk-angguk kepala. Pendek kata kalau nak balik Msia naik je dari Alex. Tak perlu susah-susah pergi cairo. Tapi hanya ada beberapa airlines sahaja yang mendarat kat Alex. Hehe. Gambar? Tak jumpa. Hehe


Maaf kalau post ini pendek. Maaf banyak-banyak.

Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik mengenai Alex. Ni yang paling femes la kira. Bila tulis post ni rasa macam duk promote Alex pulak. Macam tour agent gitu. Haha. Apa-apa pun jika anda berkesempatan datang Alex jangan lupa melawat tempat-tempat di atas. 

Pengangkutan?
Pasar atau tempat shopping?
University of Alexandria?
Belajar di Alex?
Dan seribu macam lagi?

Itu semua kita cerita di lain post lain yer. Okay? Kira okay la ni. Haha.

Moga Allah redha!


No comments:

Post a Comment