Thursday, August 2, 2012

SENARAI BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA (AKHWAT VERSION) ^__^

Salam PERTENGAHAN RAMADHAN ADIK2 ^__^
I'Allah ini ada senarai barang2 yg boleh dibawa..
ini senarai SELESA tau~
bergantung pada citarasa masing2 utk menambah atau mengurangkan apa-apa item dalam list..
i'Allah kalau tak cukup pun still hidup :)
ALLAH kan ada...

MAKANAN
1.serbuk santan- jgn bawak yg santan liquid,nanti beg berat.
2.serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
3.serbuk kunyit
4.cili kering/serbukcili- ade je cili kering kat sane (filfil ehmer)but sgt sgt pedas.huuu5.asam jawa,asam keping6.ikan bilis, udang kering, ikan masin-semua ni takde kat sana.optional lah.tp kak rasa ikan bilis n udg kering agak penting .7.kiub ikan bilis- (kiub ayam TAK PERLU; ada banyak kat sana )8.kiub /pes tomyam9.bihun – memg takde kat sana . Biasa breakfast, kitrg rebus mee spaghetti  tu je, n then buat mee goreng.hehe.kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jd mcm mee kat msia lah.10.serai yg dikeringkan,daun kunyit,daun kari,daun kesum ,daun limau purut etc etc
11.halia, lengkuas, kunyit
12. rempah ratus (bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih dan adik-beradiknya)


13.belacan
14.KICAP   -siapa yg tak boleh mkn nasi without kicap tu, memg kene survive lah. Mesir takde soy sauce. Kalau oyster sauce utk masak tu ada lah.
13. sos cili- akak prefer antunna bawak yg refill pack tu lah, takde la berat sgt bwk botol kaca tu.sos cili mesir rasa sos tomato.depa tak mkn pedas.


15.perencah nasi goreng,mee goreng, sup sayur – crucial utk awal2 ni, sbb tak terer masak sgt kan (akak dulu camtula..hehe). dan juga crucial waktu time exam. Kasi campak je semua dlm kuali.haha.
16.keropok2/pepedom
Beras memang antara makanan ruji org arab-memg available sentiasa lah. Cuma rupanya lain sedikit; kecik2.
Barang mentah- biasanya makan ayam, daging dan ikan lah.ikan byk je variety yg ada;keli, sardine,etc. sotong harganya ok lah, tapi udang memang agak mahal.ketam pun ada…so, no worries!oh ye, kerang pun kat certain tempat ade.lala(remis) pun ade.haha( sori laa, akak memng kuat mkn sikit)
(akak rasa kak dah cerita lebih2 laaa, nanti korg tak surprise plak bile smpi sana ..hehe)
MINUMAN
1.ovaltine (milo boikot kan ?)- kat sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
alamak.pose2 ^__^
2.milk product- berlambak2.hehe.jgn risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure smpi kena masak dulu atas api pun ada.
*susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu pekat memg takde.huuuu
3.kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4..caffeine-boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis.






ELECTRICAL  APPLIANCE
brg elektrik kat sana tak sekebal Msia, so,cdgn akak adlh:
pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt pun takpe)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension- yg ni  optional .but extension sana memg cepat rosak laaa..huuuu.
Kat mesir guna plug dua pin. Bawaklah beberapa adapter dari msia.  Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan .

PAKAIAN
Basically, kitrg kat cairo , hari2 ramai yg pki baju kurung g kuliah.ok je lah, org ARAB tak pandang pelik pun.
But kat sana byk jual blaus yg best n skirt yg best.hehe.
Akak suggest antunna bawak seluar panjang 
Kasut->kita kat sana memg byk jalan, so,akak suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat sana (but then, branded shoes kat msia memg lagi murah). Dan kasut, bawaklah color yg gelap. Mesir Negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh every week.
Tudung- >org arab kebanyakannya pakai selendang. So, agak susah lah kan . antunna bawaklah tudung secukupnya dari Malaysia . Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; kita beli ikut meter, potong sendiri=)
Oh ye, serkup yg fesyen msia punya takde jual kat sana . Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
Pakaian winter- winter coat antunna boleh beli kat sana . banyak choices dan jauh lebih murah dr Malaysia

TOILETTRIES
Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant , lipbalm, lotion,cologne semua ada. (sbb jr sekolah akak sebelum ni pernah risau sgt smpi nak bawak semua benda ni utk bekalan setahun punya). Antunna bawak dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah.
Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But kbyknnya yg patut kita boikot kan .. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je jenama alternative, yg tak boycott; yet kulit still halus, n rambut still tak rosak, n gigi still kuat..hehe.

STATIONARIES
Farber castell (tak tau la eja betul ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen)
PILOT  ada. STAEDTLER pun ade. Ok je kan.iA boleh je survive kan even tak de stationaries yg best pun.
Antunna bawak lah colour LUNA tu. Subject first year ada kena kaler2 (subjek histology). Colour luna tu kan cantekk.heheh.
Hmmm, apa lagi ya???


PERHUBUNGAN
Biasanya bila dah datang sini,kami dah x on non malaysia.
mgkn blh on kalau ada 2 handphone ^____^
hehe.berikut adalah maklumat yg Berjaya diperoleh:-
1-letak sim card dlm phone
2-search line
3-amik etisalat
*tak perlu nak setting apa2 dari msia.
kalau nk buat call..- *120*601234567#. then waiting jap...so nnti ade call akan masuk..angkat call tu, waiting jap b4 disambungkan ke no yg kita call. rate 1min= 0.15sen. sms mesir-msia-> 30sen /1sms. Sms from malaysia ke celcom di mesir ->1sen je same rate (celcom-celcom) .line iA sgt clear.
slalunye, kan mcm klu kita slalu sms dgn org2 tertentu, ade gak care nk save.tp, ni dh mcm libatkan internet..
1-make sure org y nk ber-sms tu onkan ym dia "i'm on sms"
2-then kita send message through e-buddy ke,ym tiny ke, mcm biase ( on9 hp)
3- org tu akan reply ke no.celcom kita la..
 4-done~
biasanya, memg mak ayah lah yg akan topupkan dari msia.
But kak prefer guna ym or skype, free dan boleh tgk muka mak ayah sekali kan =)

Biasanya call org Malaysia guna internet lah
1)kita download software...
2)install....
3)beli kredit..
4) dah boleh pasang headphone dan call..
Akan ada org yg jadi agen jual credit utk internet call.
So, jgn risau. Or kalau nak free n rumah antunna kat msia ade tenet, ym atau skype pun dah sgt ok.


Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé
(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.62] utk tempoh 24 jam
(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc
(4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya.hehe. rumah kak guna wifi.kitrg beli modem n router kat sana lah. . Sama je. Wifi unlimited 54 Mbps sebulan dlm 145 le[rm 90].share satu rumah, atau beberapa rumah pun boleh..tapi banyak je choices of package yang ada nanti..nanti sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication company tu kan.hmmm,kak pun tak meshi sgt. tapi menurut sumber yg dipercayai, bayaran setahun dlm 1800 le, unlimited. (1800 le tu lebih kurang 327usd lebih kurang rm1138).dan 1800 tu kene renew setiap tahun lah.tak berbaloi sgt kak rasa. Sbb pembelajaran di uni takde lah guna laptop sgt, so guna internet kat rumah je pun dah cukup. Tak perlu guna portable internet kan .

oUTMOST  IMPORTANT  THING
AL-QURAN AL-KARIM-> manual hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual…ape akan jadi??sia2 je hp mahal2 tu kan . KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH dah kasi tu.
Kak cadangkan antunna bawak al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran g kelas sbb takut beg berat.
PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA TERJEMAHANnya ya. Cube antunna bayang kalau kite sesat jalan kat Germany , dan takde kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar kan ? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari kata2 ALLAH tu.
Dan iA bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat medicine sahaja. Antunna nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu ada high expectation pd antunna kan ? diri antunna sendiri, mesti ada personal achievement yg nak dicapai bukan?

Maka, nasihat akak,
1.Set niat, set matlamat betul2.
2.Persiapkan diri, mentally, physically.
3.Kita nak jadi MUSLIM yg DOKTOR, bukan doctor yg muslim.
Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas…
Akhir kata,
Bumi Mesir itu bumi anbia’, bumi tempat lahirnya para nabi,
bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusof.
Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh,
bumi tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu..
Terpulang pada kita ni,mcm mana nak bentuk diri kita.
SEBAIK NABI MUSA ATAU SEBONGKAK FIRAUN
Moga kita semua  sentiasa dalam naungan ALLAH.  
*Antunna share lah list ni dgn kawan2 yg lain.iA akan mudahkan urusan mereka juga kan .
semoga Allah pertemukan kite ye dik...
Doakan akk dalam sujud panjang antunna.


SAMPAI KETEMU.

Wednesday, August 1, 2012

# SISTEM PEMARKAHAN ALEXANDRIA UNIVERSITY!

Assalamualaikum semua ;)

Buat adik-adik yang bakal berentap,berhempas pulas,megerah keringat serta minda di bumi Iskandariah ini,ingin saya perkenalkan kepada adik-adik semua sistem pemarkahan yang tidak asing lagi bagi kami untuk universiti ini.
Agak berbeza dari universiti-universiti yang lain,biarpun kesukaran dirasai jauh di sudut hati,namun InsyaALLAH sistem pemarkahan sebegini dapat menjadikan kita semua 1st CLASS MUSLIMAH DOCTORS suatu hari nanti.


For more informations,please refer :


Semoga post kali ini bermanfaat buat kalian semua.
Walaupun ringkas,semoga isinya padat.
Semoga dengan sedikit sebanyak info ini,terdetik di sanubari kalian semua untuk terus belajar dengan gigih,seterusnya menjadi "BOOSTER" untuk kalian meneruskan alam mahasiswa-mahasiswi di bumi Iskandariah ini,InsyaALLAH.

Wasalam ;)

Tuesday, July 31, 2012

al quran dan KITA?



salam adik2..

just a simple entry..
mungkin adik2 tertnya..
kenapa tiba2 kakak ni post pasal al quran pulak..nak suruh tadabbur pulak..macam2la..adeii
rujuk: link

betul..akak faham xsemua yg akak rse itulah yg akan adik2 semua rasa..
tpikan--sepanjang akak berada di sini (read:mesir) salah satu pengubat di kala rindukan malaysia, di kala diuji, di kala tension study...-- adalah AL QURAN!!

kenapa mesti al quran..?

erm bila kita dtg sini..kita dah xde sape2 daa..
mak ayah yg selama ni menjdi tempat mengadu--dah xde (mgkin blh nk skype/call,tp tetap xsme)
kawan2 yg selama ni kita "hanging on"--pun dah xde..
bantal busuk--nak bawak luggage dh penuh..huhu

n bila dh dtg sne..
jumpa kawan baru, dhlah xkenal, perangai pulak mcam2--ARGH TENSION YER!!
nk adapt dgn osmate pun susah,dh la aku nk mmg susah nk cri kawan..
tension2222!!

tpkan adik2..
jgn lupaa pesanan akak ni..apa2 masalah pun,insha Allah ade jalan penyelesaiannya..
kita ada Allah
Allah bagi kita al Quran sbagai panduan hidup kita..
susah mcm mne pun, sakit mcm mne pun hati kita..

please..please adik2..please try to seek Allah's LOVE..!!!!!!

bila kita keseorgan itu..
cuba rasakan Allah ade bersama kita..
Dia tahu apa yg terbaik utk kita, adik2
yakin pada Allah!!
jangan pernah berputus asa!!
jangan pernah buruk sangka!!!
go go go chayok!!

try to find Allah's love in Al Quran <3

Saturday, July 28, 2012

hayati surat cinta II


..continue

ت: tikrar (تكرار)
tikrar itu ulang
ulanglah sebanyak mana ayat al quran yang kamu rsa sgt2 best!! rse sgt terkesan!! 
hgga kita dpt lahirkan rasa getaran di hati

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." [al anfaal:2]

hritu Dr. suruh kitorg tadabbur stu ayat ni..ayat [2:214] then Dr. tnya; "dri ayat ni, apa yang dpt menaikkan iman kamu utk masuk syurga?"
ya Allah rasa nk menjerit waktu tu..kita selalu jea bace ayat tu tp, jarang skali kita cuba hayati ayat tu..sob..sob.

sucinya cinta Allah itu~

ر: rabt (ربط)
relation between the ayah

misal: "bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)"

bila kita tgk ayat ni, kita akan tgk gist dia about puasa kan..
tpi bila kita cri relation dia yg boleh dikaitkan dgn kehidupan harian kita..
bila bulan ramadhan=petunjuk (huda)
so adik2 sempena ramadhan ni, jgn lepaskan peluang utk mencri huda...
Allah menjdikan bulan ramadhan utk hamba-Nya berlumba2 mencri hidayah..berlumba2 mengerjakan kebaikan..berlumba2 mencri cinta Allah..ya Rabb!

ت: tartil (ترتل)
Dr. ckp..simple jea..
janganlah baca dengan laju
tp bacalah dengan perlahan2 dan dgn kefahaman..

ج: jahr (جهر)
dan akhirnya..
bacalah al quran dengan kuat (jelas)
bila kita baca slow2 hanya dua deria yang akan memainkan peranan..
ainun wa lisan
tapi kalu baca dg kuat..
ainun(mata), lisan(mulut), uzunun(telinga)
so kita akn lebih fokus n lebih menghayati bila baca al quran..


bestkan!! bila kita dpt rasa dekat dgn ayat2 Allah :)

Tuesday, July 24, 2012

Featuring Alexandria ;)

Assalamualaikum Semua ;)
Diharapkan anda sentiasa berada dalam lindungan ALLAH S.W.T hendaknya!

Pada kali ini,saya ingin membawa anda,adik-adik mengembara ke bumi Iskandariah buat seketika. Mari kita cuci-cuci mata,melihat serta meninjau apa yang menarik tentang Alexandria! Jomm ikuti tayangan video yang dibawakan khas dari YouTube.com.

Zaaaas!


Menarik bukan?
Selain itu,team alexkita juga dengan jayanya telah menghasilkan sebuah video yang sungguh menakjubkan buat antunna semua.SUPRISE! Untuk tontonan unggul,sila layari laman sesawang yg tertera di bawah ;


Jadi,post kali ini tiada banyak kata serta bicara yang terungkap,namun saya sedikit sebanyak memberi peluang kepada anda semua untuk melihat serta menilai sendiri apa yang mungkin terluah dari benak fikiran masing-masing.

Semoga pengembaraan kita beroleh RAHMAT drpd ALLAH S.W.T hendaknya InsyaALLAH,Wasalam!

hayati surat cinta

salamualaikum..

just nak apa yang akak dapat dengan seorg dukturah..best sgt2!! dia cerita macam nak kita nak tadabbur al quran..
satu quote yg akak terkesan dri dukturah..
"ramai org tahu knpa perlu baca al quran n ramai jea org buat tapi sedikit jea org tahu mcm mne nk tadabbur(menghayati al quran) dan amalkan" :(
tapi starting lepas ni..
JOM sama2 menjadi gol yg sedikit itu!!

لإصلاح ترتجي 

kita ambil dri words nie..


ل: lub (لب)
turunnya Al Quran itu bukan untuk 'aqal semata tetapi turunnya Al Quran itu adalah untuk HATI kita..
hati yang bersih hati yang sentiasa dihiasi dengan zikrullah.
ramainya org membaca Al quran tetapi sedikitanya org yang membaca Al Quran dengan HATI
dan hakikat hati (قلب)  itu berbolak balik (يقلب) dan memang perkataan qaf.lam.ba' itu maksud sebnrnya adalah berbolak balik..

"Sesungguhnya hati anak Adam lebih cepat bolak-balik dari pada periuk ketika didihannya menyatu"

sedarlah adik2 dan kita semua bahawa hati itu senang nak berubah, jika Allah nak beri hidayah pada si fulan itu maka tidak hairanlah kalau 'dia' boleh menjadi lebih hebat dri dirimu yang berilmu.
sungguh hidayah itu rahsia!
sungguh hidayah itu hanya Allah yang tahu!
tapi hidayah itu perlu dicari! cari dengan hati yang penuh cinta pada-Mu ya RABB!


أ: ahdaf (أهداف)
ada hadiskan: yg setiap perbuatan dimulakan dengan niat (tujuan)
samalah juga kalau kita nak mula baca Al quran
apatah lagi di bulan Ramdhan ni..
mungkin ada org baca sbb just nak habiskan 30 juzu'
ada org baca sbb nk niatkan sbgai ibadah dan mgkin ada org baca sbb tgk org lain baca..
macam2 ada..
dan kita apakah tujuan kita baca al quran? 


ص: solat (صلاة)
dengan kita menghayati(tadabbur) al quran itu akan lebih menambahkan khusyu' kita..
org selalu tertnya2 n terfikir2..
"cmne nak khusyu'?"  "knp susah sgt nk khusyu'?"
dan dukturah cakap: cubalah utk memahami apa yang Allah nak smpaikan kepada kita..
adik2 nak tahu tak..'surat cinta' Allah yang paling suwiiit tau!!


ل: lail (ليل)
malam tu sungguh syahdu
sunyinya malam itu mendatangkan satu perasaan yang hanya mereka pernah merasainya saja mengetahui
indahnya malam itu kerana dapat merasai::dekatnya Mu ya Allah dengan hamba-Mu ini::

ح: hifz (حفظ)
sangatlah beruntung untuk orang yang dah menghafaz Al-Quran dan sgtlah penting untuk penghafaz2 itu menjaga hafalan mereka kan!
Dr. ckp...mereka yg hafiz/hafizah ini sgt2lah bertuah..
bila dia baca al quran dah igt daa n dah lancar daa cuma tggl stu jea-- utk memahami al quran itu yakni tadabbur.
satu bonusla utk adik2 yg telah menjadi hafiz/hafizah!
tpi lagi bertambah2 bonus utk adik2 yg bru utk belajar+bersusah payah dalam menghayati al quran..
kerana di mata Allah usaha itu yang dilihat!!




to be continue..


Wednesday, July 18, 2012

ramadhan tiba!!


this post special to ukhti GODIN AVENEU aka adik amirah dan semua adik2 alex yang lain

just want to share what i got for the last ramadhan here..:)  [terer tak..akak tak balik tahun lepas tau!!]


subhanallah..masya Allah..Alhamdulillah..
perasaan yang tak tergambar dek kata2..
adik2 datanglah sini,rasai dan selamilah perasaan tu..

perasaan yg lahir dengan linangan air mata keharuan..
terharu dengan manusia yang sangat menghayati makna Ramadhan Karem di sini..
bila semua org berebut2 utk buat baik..
bila semua org cuba utk membri walau hnya sebiji kurma..
ya Allah perasaan tu xde kat mlsyia..
perasaaannn SEDIHNYER Ramadhan nak tinggalkan kita..!!!
dan..jka diizinkn Allah,akak nk puasa kat sini lagi :(

percaya atau tidak..
malam bukan waktu rehat buat kami..
semua org akan berlumba2..
ada yg lgsg tak tidur..ada yg just get a short nap..
ya Allah bestnyer perasaan tu dik!!

jadual hidup kami..
siang: kelas arab, tadarrus, tilawah...
malam: iftor jama'ie, terawih (habis pkul 10:30/11)
then duduk2 dgn org ARAB sbb nak dgr diorg cakap (halaqah) tp kadangtu tak faham pun..hihihi
balik..tidur kejap
dlm pkul 12/1 dah bgun sbb nak pergi i'tikaf,qiam dll
best sgt!!!!

adik2 nak tahu satu benda tak..
sbnrnya, kitorg solat kat padang bola tau..angin dia subhanallah best sgt!!
padahal waktu tu summer..
tapi sungguh rahmat Allah tu sgt banyak..
kedamaian jelas terasa :D

bila raya..erm..
sedih tu mestilaaa..mak ayah xde depan mata..
tapikan..waktu hari raya tu..
air mata bukan menitis dek kesedihan tak dpt beraya bersama keluarga
tapi butir2 mutiara itu mengalir kerana sedihnya ramadhan dah pergi.... :,(

dan hakikatnya yg sgt2 akak berlajar spnjang ramadhan

"SATU BULAN RAMADHAN, 
ADALAH SATU BULAN UNTUK MENGISI PETROL,
KALAU KITA DAPAT ISI PENUH,
LAGILAH HAYBAT
DAN KALAU DAPAT ISI PETROL YANG BERKUALITI,
MESTI LAGI2LAH OSEM, KAN!!?

TAPI
BILA PETROL TAK PENUH
APATAH LAGI NAK BERKUALITI
JANGANLAH ADIK2 HAIRAN
KALAU TIBA2 KITA PANCIT SEPNJANG 11 BULAN YANG AKAN DATANG!

NA'UZUBILLAH
PREPARE UR RAMDHAN ADIK2
SEDIAKAN BEKAL YANG CUKUP..."

membilang hari.......

WAITING FOR ALL OF YOU HERE!!

Monday, July 16, 2012

RAMADHAN Fi Iskandariah :)


Assalamualaikum,dear beloved readers!
Dekat atas ni merupakan video intro Ramadhan Fi Iskandariah yang sangat well-known dekat You Tube buat sekian lamanya.

Namun,famous atau terkenal bukan pokok topik saya pada kali ini,tetapi nilai di sebalik video ini juga isi hati yang kadang-kadang tak terluah dek keterharuan dan kebertuahan berada di bumi Mesir terutamanya apabila Ramadhan mula menjelma.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah!

Bersempena Ramadhan yang bakal menyusul (+)(-)3 hari lagi,jadi elok kiranya saya rasa kita kembalikan semula MOOD Ramadhan tahun-tahun lepas,tetapi kita modify dan improve utk tahun ini serta berikutnya,InsyaALLAH!

( View from 9ala tram Game' Ibrahim )

Subhanallah,bila Ramadhan dekat Alex ni,Game' Ibrahim ni merupakan antara tempat paling top rated,pilihan kalbu untuk solat Tarawikh.Saya tak nafikan,banyak lagi tempat masyarakat di Alexandria bersolat Tarawikh,but this is one of it! 
Just imagine,kalau dekat Game' Ibrahim ni sahaja boleh mencecah puluhan,ratusan ribu orang yang bersolat Tarawikh pada hanya satu malam,cuba kita tambah lagi dengan jemaah yang ada dekat masjid-masjid lain,MasyaALLAH menarik bukan?
Saya agak tersentuh dengan semangat juang yang agak tinggi orang Mesir dalam beribadat kepada ALLAH kerana biarpun bukan macam kita dekat malaysia masjid ada air-cond,cantik bak mahligai walhal majoriti dekat Mesir ni masjid biasa-biasa je.Situati di Game' Ibrahim ni pun,solat Tarawikh beratapkan langit,berlantaikan tar/rumput,bertiupkan angin pantai malah musim panas yang sedang membahang bukan peluntur semangat mereka untuk terus patuh dan cinta akan suruhan ALLAH S.W.T :)
Thumbs up!

Lagi terasa tersentuh apabila melihat wajah-wajah wanita ( makcik,nenek-nenek ) yang saya kira sudah ketandusan kudrat untuk bermacam perkara tetapi disebabkan kepentingan yang mereka rasakan untuk mencari keberkatan Ramadhan,kelemahan dan ketidakupayaan fizikal mereka ketepikan.Semangat,suasana Islam yg syumul di sini membuatkan kanak-kanak juga terdidik untuk bersama-sama bertarawikh di sini.

( View from 9ala bahr )

Tengok ni,ramainya sampai ke seberang jalan,punyalah ramai & meriahnya.Seronooooknya tak sabar nak Tarawikh dekat sini!

( View after Tarawikh )

Bila habis je Tarawikh,memang banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya eg;kereta,teksi,tram,tramco,motor etc.Waktu ni merupakan saat yang getir jugak terutama bg kami pelajar Malaysia yang kurus belaka sebab ramai Malaysian students lebih prefer utk balik naik tram tetapi apa yang berlaku pada saat itu adalah dalam tram sangatlah ramaaaaaaaaaaaaaaaaai orang berpusu-pusu naik dan turun sampai boleh bermandi peluh jadinya,boleh jugak syncope,hypoxia etc.Ye,part ni memang mencabar tapi sebab BARAKAH bulan Ramadhan tu kan,ALLAH permudahkan je semua urusan kita InsyaALLAH.
Don't worry!

Jadi saya rasa sampai di sini sahaja post saya buat kali ini,kali pertama di sini mungkin rasa awkward sikit so kalau rasa macam gulai yang tawar,InsyaALLAH next time saya improve lagi!
Diharapkan kepada anda yang membaca post ini utk tertarik dengan keindahan Ramadhan di sini serta menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik yang bakal hadir ke sini untuk sama-sama kita meriahkan lagi suasana di Game' Ibrahim akan datang!
Wallahualam.

~Wasalam~

the OSEM of SPRING

SALAM adik-adik permata ISLAM.
tajuk kali nie...erk..
actually SEKARANG dah END of SRING and begin of SUMMER
apa yang seronoknya sekarang ni..
SUBHANALLAH
Ada tempat-tempat yang kita boleh nampak keindahan ciptaan Allah.
MESIR adalah negara yang mempunyai 4 musim.
PANAS-BUNGA-LURUH-SEJUK.
TAPI,yang bezanya.negara padang pasir ni kurang BUNGAnya^_^
maka, MUSIM BUNGA dan LURUH jarang kita boleh dihayati kecuali di beberapa tempat tertentu..
EG: UNIVERSITY ALEXANDRIA.

SEEEErroooonnookkk BILA balik dan pergi ke UNIVERSITY sambil menghayati bunga2 didalam TAMAN UNIVERSITY.








seniorita ALEXANDRIA


nampak tak pokok kurma belakang kanan tu...?


Apa yang cuba akak nak sampaikan.
bukanlah saja2 meletakkan gambar dan mengenalkan diri di dalam blog ni.
tapi
akak
SERONOK untuk SHARE apa yang kami rasa disini.
walau dimana pun kita berada.walaupun tak seINDAH MALAYSIA.
kita masih berjalan di bumi ALLAH yang setiap INCI sebenarnya MAMPU membawa kita KEPADANYA.
TADABBURLAH ALAM yang TAK PEEERRRNNAAAH bercakap walau sepatah kata pun pada KITA.
cuba tengok satu ciptaan ALLAH
POKOK!
macamana POKOK blh balikkan KITA pada pencipta KITA?
ALLAH yang maha memberi petunjuk:
ALLAH memberi petunjuk kepada SETTIIIAAAPPP daun pokok untuk tumbuh
TANPA berTINDIH antara satu sama lain.
cuba tengok! mana ada daun pokok mati tak dapat cahaya matahari.
SUBHANALLAH















 cuba tengok lagi, kalau kita nak tanam pokok
kita baling je benih pokok kat tanah!
kita main campak je, x de pun susun betul2..
tapi Allah YANG memberi PETUNJUK
kepada benih2 itu untuk tumbuh akar ke bawah dan daun ke atas.
tak pernah terbalik kan,ada ke pernah adik-adik nampak pokok tumbuh akar atas daun bawah
hehe..
SUBHANALLAH


DAN ALLAH yang MAHA PENYAYANG
menjadikan POKOK utk MANUSAI sebab ALLAH sangat SAYANG pada SETIAP dari KITA
POKOK memBERI BUAH walau dibaling BATU
POKOK  memberi TEDUHAN saat KEPANASAN
POKOK memberi buah yang pelbagai warna dan rasa yang SEDAP!
pokok yang boleh MEMBAWA kita dekat dgn ALLAH.
itu baru pokok..
berapa banyak lagi ciptaan ALLAH yang boleh bawa KITA mencapai
CINTA ALLAH 

hanya melihat kepada POKOK,boleh membawa kita MENGINGATI ALLAH kan?
ALLAH is there ANYWHERE...


macam dah graduate -_-"


“…dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula)…”  
Al-An’am (6: 59



Okke,ini je untuk kali ni..
nanti akak-akak lain akan share pulak.
TAK SABAR nak BERJUMPA dan BERCERITA macam-macam dengan ADIK-ADIK ^_^
I'ALLAH..
ILAL LIQA' (sehingga bertemu)


credit utk gambar yang cantik:
1st year,Alexandria University 2011/2012