Monday, July 16, 2012

RAMADHAN Fi Iskandariah :)


Assalamualaikum,dear beloved readers!
Dekat atas ni merupakan video intro Ramadhan Fi Iskandariah yang sangat well-known dekat You Tube buat sekian lamanya.

Namun,famous atau terkenal bukan pokok topik saya pada kali ini,tetapi nilai di sebalik video ini juga isi hati yang kadang-kadang tak terluah dek keterharuan dan kebertuahan berada di bumi Mesir terutamanya apabila Ramadhan mula menjelma.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah!

Bersempena Ramadhan yang bakal menyusul (+)(-)3 hari lagi,jadi elok kiranya saya rasa kita kembalikan semula MOOD Ramadhan tahun-tahun lepas,tetapi kita modify dan improve utk tahun ini serta berikutnya,InsyaALLAH!

( View from 9ala tram Game' Ibrahim )

Subhanallah,bila Ramadhan dekat Alex ni,Game' Ibrahim ni merupakan antara tempat paling top rated,pilihan kalbu untuk solat Tarawikh.Saya tak nafikan,banyak lagi tempat masyarakat di Alexandria bersolat Tarawikh,but this is one of it! 
Just imagine,kalau dekat Game' Ibrahim ni sahaja boleh mencecah puluhan,ratusan ribu orang yang bersolat Tarawikh pada hanya satu malam,cuba kita tambah lagi dengan jemaah yang ada dekat masjid-masjid lain,MasyaALLAH menarik bukan?
Saya agak tersentuh dengan semangat juang yang agak tinggi orang Mesir dalam beribadat kepada ALLAH kerana biarpun bukan macam kita dekat malaysia masjid ada air-cond,cantik bak mahligai walhal majoriti dekat Mesir ni masjid biasa-biasa je.Situati di Game' Ibrahim ni pun,solat Tarawikh beratapkan langit,berlantaikan tar/rumput,bertiupkan angin pantai malah musim panas yang sedang membahang bukan peluntur semangat mereka untuk terus patuh dan cinta akan suruhan ALLAH S.W.T :)
Thumbs up!

Lagi terasa tersentuh apabila melihat wajah-wajah wanita ( makcik,nenek-nenek ) yang saya kira sudah ketandusan kudrat untuk bermacam perkara tetapi disebabkan kepentingan yang mereka rasakan untuk mencari keberkatan Ramadhan,kelemahan dan ketidakupayaan fizikal mereka ketepikan.Semangat,suasana Islam yg syumul di sini membuatkan kanak-kanak juga terdidik untuk bersama-sama bertarawikh di sini.

( View from 9ala bahr )

Tengok ni,ramainya sampai ke seberang jalan,punyalah ramai & meriahnya.Seronooooknya tak sabar nak Tarawikh dekat sini!

( View after Tarawikh )

Bila habis je Tarawikh,memang banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya eg;kereta,teksi,tram,tramco,motor etc.Waktu ni merupakan saat yang getir jugak terutama bg kami pelajar Malaysia yang kurus belaka sebab ramai Malaysian students lebih prefer utk balik naik tram tetapi apa yang berlaku pada saat itu adalah dalam tram sangatlah ramaaaaaaaaaaaaaaaaai orang berpusu-pusu naik dan turun sampai boleh bermandi peluh jadinya,boleh jugak syncope,hypoxia etc.Ye,part ni memang mencabar tapi sebab BARAKAH bulan Ramadhan tu kan,ALLAH permudahkan je semua urusan kita InsyaALLAH.
Don't worry!

Jadi saya rasa sampai di sini sahaja post saya buat kali ini,kali pertama di sini mungkin rasa awkward sikit so kalau rasa macam gulai yang tawar,InsyaALLAH next time saya improve lagi!
Diharapkan kepada anda yang membaca post ini utk tertarik dengan keindahan Ramadhan di sini serta menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik yang bakal hadir ke sini untuk sama-sama kita meriahkan lagi suasana di Game' Ibrahim akan datang!
Wallahualam.

~Wasalam~

No comments:

Post a Comment