Tuesday, July 31, 2012

al quran dan KITA?



salam adik2..

just a simple entry..
mungkin adik2 tertnya..
kenapa tiba2 kakak ni post pasal al quran pulak..nak suruh tadabbur pulak..macam2la..adeii
rujuk: link

betul..akak faham xsemua yg akak rse itulah yg akan adik2 semua rasa..
tpikan--sepanjang akak berada di sini (read:mesir) salah satu pengubat di kala rindukan malaysia, di kala diuji, di kala tension study...-- adalah AL QURAN!!

kenapa mesti al quran..?

erm bila kita dtg sini..kita dah xde sape2 daa..
mak ayah yg selama ni menjdi tempat mengadu--dah xde (mgkin blh nk skype/call,tp tetap xsme)
kawan2 yg selama ni kita "hanging on"--pun dah xde..
bantal busuk--nak bawak luggage dh penuh..huhu

n bila dh dtg sne..
jumpa kawan baru, dhlah xkenal, perangai pulak mcam2--ARGH TENSION YER!!
nk adapt dgn osmate pun susah,dh la aku nk mmg susah nk cri kawan..
tension2222!!

tpkan adik2..
jgn lupaa pesanan akak ni..apa2 masalah pun,insha Allah ade jalan penyelesaiannya..
kita ada Allah
Allah bagi kita al Quran sbagai panduan hidup kita..
susah mcm mne pun, sakit mcm mne pun hati kita..

please..please adik2..please try to seek Allah's LOVE..!!!!!!

bila kita keseorgan itu..
cuba rasakan Allah ade bersama kita..
Dia tahu apa yg terbaik utk kita, adik2
yakin pada Allah!!
jangan pernah berputus asa!!
jangan pernah buruk sangka!!!
go go go chayok!!

try to find Allah's love in Al Quran <3

Saturday, July 28, 2012

hayati surat cinta II


..continue

ت: tikrar (تكرار)
tikrar itu ulang
ulanglah sebanyak mana ayat al quran yang kamu rsa sgt2 best!! rse sgt terkesan!! 
hgga kita dpt lahirkan rasa getaran di hati

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." [al anfaal:2]

hritu Dr. suruh kitorg tadabbur stu ayat ni..ayat [2:214] then Dr. tnya; "dri ayat ni, apa yang dpt menaikkan iman kamu utk masuk syurga?"
ya Allah rasa nk menjerit waktu tu..kita selalu jea bace ayat tu tp, jarang skali kita cuba hayati ayat tu..sob..sob.

sucinya cinta Allah itu~

ر: rabt (ربط)
relation between the ayah

misal: "bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)"

bila kita tgk ayat ni, kita akan tgk gist dia about puasa kan..
tpi bila kita cri relation dia yg boleh dikaitkan dgn kehidupan harian kita..
bila bulan ramadhan=petunjuk (huda)
so adik2 sempena ramadhan ni, jgn lepaskan peluang utk mencri huda...
Allah menjdikan bulan ramadhan utk hamba-Nya berlumba2 mencri hidayah..berlumba2 mengerjakan kebaikan..berlumba2 mencri cinta Allah..ya Rabb!

ت: tartil (ترتل)
Dr. ckp..simple jea..
janganlah baca dengan laju
tp bacalah dengan perlahan2 dan dgn kefahaman..

ج: jahr (جهر)
dan akhirnya..
bacalah al quran dengan kuat (jelas)
bila kita baca slow2 hanya dua deria yang akan memainkan peranan..
ainun wa lisan
tapi kalu baca dg kuat..
ainun(mata), lisan(mulut), uzunun(telinga)
so kita akn lebih fokus n lebih menghayati bila baca al quran..


bestkan!! bila kita dpt rasa dekat dgn ayat2 Allah :)

Tuesday, July 24, 2012

Featuring Alexandria ;)

Assalamualaikum Semua ;)
Diharapkan anda sentiasa berada dalam lindungan ALLAH S.W.T hendaknya!

Pada kali ini,saya ingin membawa anda,adik-adik mengembara ke bumi Iskandariah buat seketika. Mari kita cuci-cuci mata,melihat serta meninjau apa yang menarik tentang Alexandria! Jomm ikuti tayangan video yang dibawakan khas dari YouTube.com.

Zaaaas!


Menarik bukan?
Selain itu,team alexkita juga dengan jayanya telah menghasilkan sebuah video yang sungguh menakjubkan buat antunna semua.SUPRISE! Untuk tontonan unggul,sila layari laman sesawang yg tertera di bawah ;


Jadi,post kali ini tiada banyak kata serta bicara yang terungkap,namun saya sedikit sebanyak memberi peluang kepada anda semua untuk melihat serta menilai sendiri apa yang mungkin terluah dari benak fikiran masing-masing.

Semoga pengembaraan kita beroleh RAHMAT drpd ALLAH S.W.T hendaknya InsyaALLAH,Wasalam!

hayati surat cinta

salamualaikum..

just nak apa yang akak dapat dengan seorg dukturah..best sgt2!! dia cerita macam nak kita nak tadabbur al quran..
satu quote yg akak terkesan dri dukturah..
"ramai org tahu knpa perlu baca al quran n ramai jea org buat tapi sedikit jea org tahu mcm mne nk tadabbur(menghayati al quran) dan amalkan" :(
tapi starting lepas ni..
JOM sama2 menjadi gol yg sedikit itu!!

لإصلاح ترتجي 

kita ambil dri words nie..


ل: lub (لب)
turunnya Al Quran itu bukan untuk 'aqal semata tetapi turunnya Al Quran itu adalah untuk HATI kita..
hati yang bersih hati yang sentiasa dihiasi dengan zikrullah.
ramainya org membaca Al quran tetapi sedikitanya org yang membaca Al Quran dengan HATI
dan hakikat hati (قلب)  itu berbolak balik (يقلب) dan memang perkataan qaf.lam.ba' itu maksud sebnrnya adalah berbolak balik..

"Sesungguhnya hati anak Adam lebih cepat bolak-balik dari pada periuk ketika didihannya menyatu"

sedarlah adik2 dan kita semua bahawa hati itu senang nak berubah, jika Allah nak beri hidayah pada si fulan itu maka tidak hairanlah kalau 'dia' boleh menjadi lebih hebat dri dirimu yang berilmu.
sungguh hidayah itu rahsia!
sungguh hidayah itu hanya Allah yang tahu!
tapi hidayah itu perlu dicari! cari dengan hati yang penuh cinta pada-Mu ya RABB!


أ: ahdaf (أهداف)
ada hadiskan: yg setiap perbuatan dimulakan dengan niat (tujuan)
samalah juga kalau kita nak mula baca Al quran
apatah lagi di bulan Ramdhan ni..
mungkin ada org baca sbb just nak habiskan 30 juzu'
ada org baca sbb nk niatkan sbgai ibadah dan mgkin ada org baca sbb tgk org lain baca..
macam2 ada..
dan kita apakah tujuan kita baca al quran? 


ص: solat (صلاة)
dengan kita menghayati(tadabbur) al quran itu akan lebih menambahkan khusyu' kita..
org selalu tertnya2 n terfikir2..
"cmne nak khusyu'?"  "knp susah sgt nk khusyu'?"
dan dukturah cakap: cubalah utk memahami apa yang Allah nak smpaikan kepada kita..
adik2 nak tahu tak..'surat cinta' Allah yang paling suwiiit tau!!


ل: lail (ليل)
malam tu sungguh syahdu
sunyinya malam itu mendatangkan satu perasaan yang hanya mereka pernah merasainya saja mengetahui
indahnya malam itu kerana dapat merasai::dekatnya Mu ya Allah dengan hamba-Mu ini::

ح: hifz (حفظ)
sangatlah beruntung untuk orang yang dah menghafaz Al-Quran dan sgtlah penting untuk penghafaz2 itu menjaga hafalan mereka kan!
Dr. ckp...mereka yg hafiz/hafizah ini sgt2lah bertuah..
bila dia baca al quran dah igt daa n dah lancar daa cuma tggl stu jea-- utk memahami al quran itu yakni tadabbur.
satu bonusla utk adik2 yg telah menjadi hafiz/hafizah!
tpi lagi bertambah2 bonus utk adik2 yg bru utk belajar+bersusah payah dalam menghayati al quran..
kerana di mata Allah usaha itu yang dilihat!!




to be continue..


Wednesday, July 18, 2012

ramadhan tiba!!


this post special to ukhti GODIN AVENEU aka adik amirah dan semua adik2 alex yang lain

just want to share what i got for the last ramadhan here..:)  [terer tak..akak tak balik tahun lepas tau!!]


subhanallah..masya Allah..Alhamdulillah..
perasaan yang tak tergambar dek kata2..
adik2 datanglah sini,rasai dan selamilah perasaan tu..

perasaan yg lahir dengan linangan air mata keharuan..
terharu dengan manusia yang sangat menghayati makna Ramadhan Karem di sini..
bila semua org berebut2 utk buat baik..
bila semua org cuba utk membri walau hnya sebiji kurma..
ya Allah perasaan tu xde kat mlsyia..
perasaaannn SEDIHNYER Ramadhan nak tinggalkan kita..!!!
dan..jka diizinkn Allah,akak nk puasa kat sini lagi :(

percaya atau tidak..
malam bukan waktu rehat buat kami..
semua org akan berlumba2..
ada yg lgsg tak tidur..ada yg just get a short nap..
ya Allah bestnyer perasaan tu dik!!

jadual hidup kami..
siang: kelas arab, tadarrus, tilawah...
malam: iftor jama'ie, terawih (habis pkul 10:30/11)
then duduk2 dgn org ARAB sbb nak dgr diorg cakap (halaqah) tp kadangtu tak faham pun..hihihi
balik..tidur kejap
dlm pkul 12/1 dah bgun sbb nak pergi i'tikaf,qiam dll
best sgt!!!!

adik2 nak tahu satu benda tak..
sbnrnya, kitorg solat kat padang bola tau..angin dia subhanallah best sgt!!
padahal waktu tu summer..
tapi sungguh rahmat Allah tu sgt banyak..
kedamaian jelas terasa :D

bila raya..erm..
sedih tu mestilaaa..mak ayah xde depan mata..
tapikan..waktu hari raya tu..
air mata bukan menitis dek kesedihan tak dpt beraya bersama keluarga
tapi butir2 mutiara itu mengalir kerana sedihnya ramadhan dah pergi.... :,(

dan hakikatnya yg sgt2 akak berlajar spnjang ramadhan

"SATU BULAN RAMADHAN, 
ADALAH SATU BULAN UNTUK MENGISI PETROL,
KALAU KITA DAPAT ISI PENUH,
LAGILAH HAYBAT
DAN KALAU DAPAT ISI PETROL YANG BERKUALITI,
MESTI LAGI2LAH OSEM, KAN!!?

TAPI
BILA PETROL TAK PENUH
APATAH LAGI NAK BERKUALITI
JANGANLAH ADIK2 HAIRAN
KALAU TIBA2 KITA PANCIT SEPNJANG 11 BULAN YANG AKAN DATANG!

NA'UZUBILLAH
PREPARE UR RAMDHAN ADIK2
SEDIAKAN BEKAL YANG CUKUP..."

membilang hari.......

WAITING FOR ALL OF YOU HERE!!

Monday, July 16, 2012

RAMADHAN Fi Iskandariah :)


Assalamualaikum,dear beloved readers!
Dekat atas ni merupakan video intro Ramadhan Fi Iskandariah yang sangat well-known dekat You Tube buat sekian lamanya.

Namun,famous atau terkenal bukan pokok topik saya pada kali ini,tetapi nilai di sebalik video ini juga isi hati yang kadang-kadang tak terluah dek keterharuan dan kebertuahan berada di bumi Mesir terutamanya apabila Ramadhan mula menjelma.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah!

Bersempena Ramadhan yang bakal menyusul (+)(-)3 hari lagi,jadi elok kiranya saya rasa kita kembalikan semula MOOD Ramadhan tahun-tahun lepas,tetapi kita modify dan improve utk tahun ini serta berikutnya,InsyaALLAH!

( View from 9ala tram Game' Ibrahim )

Subhanallah,bila Ramadhan dekat Alex ni,Game' Ibrahim ni merupakan antara tempat paling top rated,pilihan kalbu untuk solat Tarawikh.Saya tak nafikan,banyak lagi tempat masyarakat di Alexandria bersolat Tarawikh,but this is one of it! 
Just imagine,kalau dekat Game' Ibrahim ni sahaja boleh mencecah puluhan,ratusan ribu orang yang bersolat Tarawikh pada hanya satu malam,cuba kita tambah lagi dengan jemaah yang ada dekat masjid-masjid lain,MasyaALLAH menarik bukan?
Saya agak tersentuh dengan semangat juang yang agak tinggi orang Mesir dalam beribadat kepada ALLAH kerana biarpun bukan macam kita dekat malaysia masjid ada air-cond,cantik bak mahligai walhal majoriti dekat Mesir ni masjid biasa-biasa je.Situati di Game' Ibrahim ni pun,solat Tarawikh beratapkan langit,berlantaikan tar/rumput,bertiupkan angin pantai malah musim panas yang sedang membahang bukan peluntur semangat mereka untuk terus patuh dan cinta akan suruhan ALLAH S.W.T :)
Thumbs up!

Lagi terasa tersentuh apabila melihat wajah-wajah wanita ( makcik,nenek-nenek ) yang saya kira sudah ketandusan kudrat untuk bermacam perkara tetapi disebabkan kepentingan yang mereka rasakan untuk mencari keberkatan Ramadhan,kelemahan dan ketidakupayaan fizikal mereka ketepikan.Semangat,suasana Islam yg syumul di sini membuatkan kanak-kanak juga terdidik untuk bersama-sama bertarawikh di sini.

( View from 9ala bahr )

Tengok ni,ramainya sampai ke seberang jalan,punyalah ramai & meriahnya.Seronooooknya tak sabar nak Tarawikh dekat sini!

( View after Tarawikh )

Bila habis je Tarawikh,memang banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya eg;kereta,teksi,tram,tramco,motor etc.Waktu ni merupakan saat yang getir jugak terutama bg kami pelajar Malaysia yang kurus belaka sebab ramai Malaysian students lebih prefer utk balik naik tram tetapi apa yang berlaku pada saat itu adalah dalam tram sangatlah ramaaaaaaaaaaaaaaaaai orang berpusu-pusu naik dan turun sampai boleh bermandi peluh jadinya,boleh jugak syncope,hypoxia etc.Ye,part ni memang mencabar tapi sebab BARAKAH bulan Ramadhan tu kan,ALLAH permudahkan je semua urusan kita InsyaALLAH.
Don't worry!

Jadi saya rasa sampai di sini sahaja post saya buat kali ini,kali pertama di sini mungkin rasa awkward sikit so kalau rasa macam gulai yang tawar,InsyaALLAH next time saya improve lagi!
Diharapkan kepada anda yang membaca post ini utk tertarik dengan keindahan Ramadhan di sini serta menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik yang bakal hadir ke sini untuk sama-sama kita meriahkan lagi suasana di Game' Ibrahim akan datang!
Wallahualam.

~Wasalam~

the OSEM of SPRING

SALAM adik-adik permata ISLAM.
tajuk kali nie...erk..
actually SEKARANG dah END of SRING and begin of SUMMER
apa yang seronoknya sekarang ni..
SUBHANALLAH
Ada tempat-tempat yang kita boleh nampak keindahan ciptaan Allah.
MESIR adalah negara yang mempunyai 4 musim.
PANAS-BUNGA-LURUH-SEJUK.
TAPI,yang bezanya.negara padang pasir ni kurang BUNGAnya^_^
maka, MUSIM BUNGA dan LURUH jarang kita boleh dihayati kecuali di beberapa tempat tertentu..
EG: UNIVERSITY ALEXANDRIA.

SEEEErroooonnookkk BILA balik dan pergi ke UNIVERSITY sambil menghayati bunga2 didalam TAMAN UNIVERSITY.








seniorita ALEXANDRIA


nampak tak pokok kurma belakang kanan tu...?


Apa yang cuba akak nak sampaikan.
bukanlah saja2 meletakkan gambar dan mengenalkan diri di dalam blog ni.
tapi
akak
SERONOK untuk SHARE apa yang kami rasa disini.
walau dimana pun kita berada.walaupun tak seINDAH MALAYSIA.
kita masih berjalan di bumi ALLAH yang setiap INCI sebenarnya MAMPU membawa kita KEPADANYA.
TADABBURLAH ALAM yang TAK PEEERRRNNAAAH bercakap walau sepatah kata pun pada KITA.
cuba tengok satu ciptaan ALLAH
POKOK!
macamana POKOK blh balikkan KITA pada pencipta KITA?
ALLAH yang maha memberi petunjuk:
ALLAH memberi petunjuk kepada SETTIIIAAAPPP daun pokok untuk tumbuh
TANPA berTINDIH antara satu sama lain.
cuba tengok! mana ada daun pokok mati tak dapat cahaya matahari.
SUBHANALLAH















 cuba tengok lagi, kalau kita nak tanam pokok
kita baling je benih pokok kat tanah!
kita main campak je, x de pun susun betul2..
tapi Allah YANG memberi PETUNJUK
kepada benih2 itu untuk tumbuh akar ke bawah dan daun ke atas.
tak pernah terbalik kan,ada ke pernah adik-adik nampak pokok tumbuh akar atas daun bawah
hehe..
SUBHANALLAH


DAN ALLAH yang MAHA PENYAYANG
menjadikan POKOK utk MANUSAI sebab ALLAH sangat SAYANG pada SETIAP dari KITA
POKOK memBERI BUAH walau dibaling BATU
POKOK  memberi TEDUHAN saat KEPANASAN
POKOK memberi buah yang pelbagai warna dan rasa yang SEDAP!
pokok yang boleh MEMBAWA kita dekat dgn ALLAH.
itu baru pokok..
berapa banyak lagi ciptaan ALLAH yang boleh bawa KITA mencapai
CINTA ALLAH 

hanya melihat kepada POKOK,boleh membawa kita MENGINGATI ALLAH kan?
ALLAH is there ANYWHERE...


macam dah graduate -_-"


“…dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula)…”  
Al-An’am (6: 59



Okke,ini je untuk kali ni..
nanti akak-akak lain akan share pulak.
TAK SABAR nak BERJUMPA dan BERCERITA macam-macam dengan ADIK-ADIK ^_^
I'ALLAH..
ILAL LIQA' (sehingga bertemu)


credit utk gambar yang cantik:
1st year,Alexandria University 2011/2012


Sunday, July 15, 2012

Tak Kenal? Jom Kenal~~

Assalamualaikum. 
Ini post pertama. Dari saya untuk anda yang awesome. Terutama yang akan fly ke sini. Basically post kat blog ni mengenai alex memandangkan kami semua pelajar Alex. Sebarang pertanyaan atau cadangan tulis kat ruangan comment je. Jangan malu jangan segan. Kami sedia membantu.


Moga bermanfaat!

ALEXANDRIA
Bandar raya kedua terbesar selepas Kaherah @ Cairo. Nama arab ; Iskandariyah. Nama femes dalam kalangan budak malaysia ; Alex.
Tak begitu sesak kalau nak dibandingkan dengan cairo. Bandar la jugak berbanding Tanta dan lain-lain.
Bandar pelancongan jadi tak heran la kalau budak-budak Tanta asyik duk kata barang kat Alex mahal!


Apa yang best dan istimewa pasal Alex?

1- Pantai/ Laut
sumber sendiri :)
Orang kata Alex cantik sebab ada pantai. Dan of course la bila disebut Alex benda first yang terlintas PANTAI. Alex ada pantai kowt. Biasanya musim panas pantai memang jadi tumpuan orang asing dan orang tempatan sendiri. Dan kami pelajar Malaysia biasanya turut sama mengambil peluang berkelah dan mandi-manda. Nak elak ramai orang? Rahsianya ; pergi pagi-pagi. Hehe.
pantai kat Kubu Salahuddin Al- Ayubi



2- Bibliotheca Alexandrina
Hah yang ni tempat wajib pergi kalau datang visit Alex. Nama bukan main kan? Haha. Okay ni adalah library. Dalam arab maktabah. Sebarang buku bercetak tak dibenarkan untuk masuk library ni. Kawalan dia agak strict la. Nak masuk kena bayar dalam 2genih rasanya. Masuk dalam ni rasa macam duk somewhere but not egypt. Haha. Sebab moden sangat dalam tu. 

sumber inche google

3- Muntazah ( King Farouk Palace )

First time datang sini time PSMB ( Program Sambutan Mahasiswa Baru). Dikatakan bilangan pokok kurma di Muntazah mewakili gundik King Farouk. Bayaran masuk; 6 genih. Tempat ni sangat luas. Kena isi perut dulu sebelum berjalan sekitar sini. Luas sangat. Boleh lenguh kaki taw. Hehe.

pokok kurma di sekitar istana

istana king farouk dari jauh
4- Ada airport sendiri
Memandangkan diri ni bakal pulang ke tanah air dalam 4 hari lagi perkara yang duk terngiang-ngiang di kepala adalah balik dan balik. Menarik mengenai Alex adalah ia ada airport sendiri! Best kan? Angguk-angguk kepala. Pendek kata kalau nak balik Msia naik je dari Alex. Tak perlu susah-susah pergi cairo. Tapi hanya ada beberapa airlines sahaja yang mendarat kat Alex. Hehe. Gambar? Tak jumpa. Hehe


Maaf kalau post ini pendek. Maaf banyak-banyak.

Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik mengenai Alex. Ni yang paling femes la kira. Bila tulis post ni rasa macam duk promote Alex pulak. Macam tour agent gitu. Haha. Apa-apa pun jika anda berkesempatan datang Alex jangan lupa melawat tempat-tempat di atas. 

Pengangkutan?
Pasar atau tempat shopping?
University of Alexandria?
Belajar di Alex?
Dan seribu macam lagi?

Itu semua kita cerita di lain post lain yer. Okay? Kira okay la ni. Haha.

Moga Allah redha!